Sunday, November 23, 2008

Al-Mautu fi Sabilllah Asma' Amanina!

Al-Jihad, satu lagi Rukun Bai'ah yang sepuluh. Satu kalimah menuntut kefahaman mendalam tentang cita-cita tertinggi dalam slogan Ikhwan Muslimun - Al Mautu Fi Sabilillah Asma' Amanina (Mati di jalan Allah cita-cita tertinggi kami).

AllahuAkbar! Seringkali ana merasa gerun, apakah sudah siap siaga diri ini meletakkan niat ikhlas ingin Mati Syahid di jalan Allah tanpa rasa ragu2? Apakah bila datang ujian dan mehnah, kita sanggup harungi walau susah, perit, sempit dan pedih?

Hakikat yang Pasti

Yakinlah satu hakikat, KEMATIAN ITU PASTI. Ia Haq. Ia Benar. Berkata Saidina Ali:
"..yang mana lebih aku takuti, sesuatu yang TELAH atau AKAN berlaku?"

Andai kita merasa takut dengan mati dalam perjuangan, sedarlah bahawa perniagaan Allah ini sungguh sangat-sangat beruntung. Modal ZERO, dagangan JIWA dan HARTA kita yang juga milikNya, bayarannya SYURGA - bisnes apakah ini? Sungguh sungguh lumayan urusniaga Allah ini.
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." 
(At-Taubah:111)

Ke mana pun kita lari, kematian itu pasti datang mencari. Walau tinggi mana tembok dibina, tak mungkin kita elak mati jua. Hilangkanlah rasa takut terhadap kematian, yakinlah mati yang unggul itu menjamin kebahagiaan abadi - khalidina fiha abada (kekal di dalam syurga selama-lamanya). Nikmat manakah yang lebih agung selain nikmat kehidupan di syurga? Berdo'alah kita: 
'wa amitna 'alasy syahadati fi sabilik' 
(dan mati kan lah aku dalam persaksian di atas jalanMu)

Do'a tidak harus tinggal pada kata-kata, wajarlah do'a ini kita manifestasikan melalui:
  • Iman yang mendalam pada Allah
  • Zuhud dengan kesenangan dunia
  • Sentiasa mengimpikan kehidupan abadi
  • Berkorban darah, semangat dan harta pada jalan Allah
Ya! Fokuskan hidup ini pada Jalan Dakwah. Tiada pilihan lain: Berdakwah atau ke Neraka. Oh Neraka bukan impianku. Tidak sama sekali. Na'uzubillah.

Mati Syahid

Kematian itu adalah pintu. Sentiasa mengetuk jiwa, ada yang terbuka ada yang masih tertutup. Andai mati menjemput kita, biar ia mati syahid. Kenapa syahid istimewa? Kerana...
  • Mati syahid di atas jalan Allah sebenarnya tidak mati
"Dan jangan sekali-kali kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki." 
Ali-Imran:169
  • Syahadah merupakan kurniaan Allah yang terlalu besar
"Dan barangsiapa mentaati AAllah dan Rasul maka mereka itu akan bersama-sama dgn org yg diberikan nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, para pencinta kebenaran, org2 yg mati syahid dan org2 saleh. Mereka itulah teman sebaik-baiknya." 
An-Nisa':69

  • Syahid lebih baik dari harta dan dunia seisinya
"Dan sungguh sekiranya kamu gugur di jalan Allah atau mati, sungguh, pastilah ampunan Allah dan rahmatNya lebih baik (bagimu) daripada apa (harta rampasan) yang mereka kumpulkan."
Ali-Imran:157

  • Allah akan minta kesaksian hambaNya
  • Akan bangkit tanpa dihisab
  • Akan masuk syurga
  • Dapat memberi syafa'at kepada 70 ahi keluara
  • Jalan yang baik untuk hilang rasa sakit kematian

Andai kita telah faham hakikat dan betapa istimewanya mati syahid itu, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapainya.

Jalan untuk Mencapai Syahid

1) Berniat untuk mati sebagai seorang syahid

2) Persiap diri dengan amal. Tunjukkan bukti kebenaranmu ingin masuk syurga.
"Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata, 'Tidak akan masuk syurga kecuali orang Yahudi atau Nasrani. Itu hanya angan-angan mereka. Katakanlah, 'Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu orang yang benar.'"

    Persiapkan diri dari sudut:
  • Mental
Bersedia hadapi ujian dan fahami tabiat perjuangan. Asy-Syahid Hassan Al-Banna menyatakan dalam risalahnya: "Kamu pasti akan diuji, dipenjara, diusri, disiksa, dibunuh, hak-hak akan dirampas...dan boleh jadi ujian itu panjang."

  • Fizikal
Kekuatan senjata dan kesihatan fizikal penting untuk menggerunkan musuh.

  • Fikrah
Faham fiqh jihad

  • Harta
Asy-Syahid berkata lagi: tekunlah dalam usaha ekonomi walaupun kamu sudah merasa cukup, berusahalah dalam keusahawanan walaupun kamu tidak merasa berbakat.
Milikilah rasa dermawan, kesannya hatimu menolaktepi cinta pada harta.

  • Keluarga
"Dan hendaklah takut (kepada Allah) orang2 yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan)nya.." An-Nisa':9

Tanamkan izzah dan rasa cinta keluargamu pada Allah dan Jihad.

  • Jama'ah
Persiapkanlah ahli jamaah untuk bersedia menghadapi perang agar mereka sentiasa memberi komitmen dan terus taat.

~~~
Bermujahadahlah..dalam diri, dengan harta  dengan jiwa hingga terkorban di atas jalan Allah. Berdo'alah sebagaimana doa tentera Talut menghadapi tentera Jalut:
"Rabba afrigh 'alaina sabran wa tsabbit aqdanama wansurna 'alal qaumil kafirin."
(Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir)

Wednesday, November 5, 2008

Formula yang hanya difahami Rijal

Catatan-catatan dalam blog ini merupakan rekod interaksiku dengan tarbiah dan dakwah. Moga dengan salinan semula dari rintisan para fuqaha' dakqah dan para murabbi ini menjadi muhasabah tahap iman dan amalku.


------


Bab 12 Al-Muntalaq:
Formula yang Hanya Difahami Oleh Rijal


'Apabila dikatakan kepada seorang tokoh rijal:

"Kami mempunyai hajat yang kecil untuk kamu tolong selesaikan."

Rijal enggan menyelesaikannya dan berkata:

"Carilah lelaki yang kecil untuk menyelesaikannya"

(Sumber: Ibnu Al-Jauzi; Said Kathir)


Urgh! Kenapa?


'Bagi rijal yang berjiwa besar, dia mempunyai cita-cita yang tinggi. Dia menyediakan dirinya untuk tugas-tugas yang besar dan enggan dengan kerja remeh....


Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah kerja rijal sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. oRang-orang yang takut menghadapi risiko dan halangan, pertarungan dan pertembungan, maka ia adalah layak dengan angkatan berjiwa kecil.'


Adus...aku kah rijal berjiwa kecil? Aku kah yang memilih kerja dakwah di saat senang, suka, berduit, lapang?


Airmata bergenang, sendiku bergetar, Ya Allah, aku bukan rijal itu.


Aku ingin berkata:


'Hidup ini mesti bergerak, bukan diam dan bukannya beku

hidup adalah perjuangan

Akan berjuangkah orang yang duduk berpeluk tubuh?

Hidup adalah menikmati kelazatan susat, bukan bersedap-sedap dengan tidur yang nyenyak.

Ia adalah membela hak, orang merdeka mana tidak membela haknya?

Ia adalah anda merasakan kehinaan itu laksana meminum air nanah.

Ia adalah hidup sebagai khalifah di bumi laksana seorang pemimpin

boleh berkata NO dan YES, apabila anda mahu

dengan pandangan yang tajam.'

(Qasidah nukilan Yusuf Qardhawi)